|
prince charming - ratu bulan
Saturday, December 17, 2011 | 4:56 AM |
![]() Assalamualaikum .. hye silent readers .. okey .. this .. novel ni .. sekarang ika tengah baca novel nie .. okey . ika tanak cakap panjang lebar .. ika just nak suruh korang read sinopsis dye .. ( tak suka ta payah baca ) Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau. PRINCE CHARMING ! menurut fakta, Prince Charming adalah watak yang lahir dalam cerita legenda atau hikayat-hikayat zaman dahulukala. contohnya seperti hikayat Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan sebagainya. itu adalah salah satu contoh hikayat dongeng dari negara Barat yang telah menarik minat kanak-kanak membaca dan hikayat-hikayat tersebut masih lagi segar diperkatakan sehingga ke hari ini. hikayat-hikayat Melayu juga tidak ketinggalan memperlihatkan watak Prince Charming sebagai watak utama. Prince Charming dan hikayat memang tidak boleh dipisahkan. putera idaman. pada zaman sekarang, bukan hanya putera sahaja yang boleh dinobatkan sebagai putera idaman. putera idaman juga bukan mesti seseorang lelaki yang berketurunan diraja. namun begitu, masyarakat zaman sekarang lebih suka mentabalkan seseorang yang kacak, kaya, bijak, bergaya dan sempurna sebagai Putera Idaman atau Prince Charming. lelaki daripada golongan inilah yang selalu menjadi rebutan gadis-gadis zaman sekarang. rupa dan kekayaan sering menjadi ukuran bagi seseorang gadis mencari Prince Charming mereka. walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya, tapi dalam diam mereka juga menyimpan keinginan itu. namun, mereka lupa tentang sesuatu. sesuatu yang mengaburi mata mereka semua. manusia. Prince Charming atau Putera Idaman adalah manusia. mereka bukan malaikat. mereka juga bukan Tuhan yang mencipta alam ini. mereka hanyalah manusia biasa ciptaan Tuhan. cuma yang bezanya adalah watak mereka dalam dunia ini. mereka cuma kacak, berduit, bergaya, dan bijak. tapi, adakah mereka ini benar-benar dikategorikan sebagai Prince Charming? mungkin ramai antara kita tidak menyedari hakikat ini kerana kita semua telah disogok dengan cerita-cerita dongeng yang memperlihatkan putera raja atau lelaki idaman sebagai seorang yang sempurna. hanya lelaki daripada golongan itu sahaja yang layak diberi gelaran Prince Charming. tahukah anda, bahawa tidak semua lelaki yang bijak, kaya, berpelajaran tinggi dan berkerjaya itu dianggap Prince Charming? dan, tahukah anda juga seseorang lelaki itu boleh ditabalkan sebagai Prince Charming biarpun dia tidak memiliki syarat-syarat Prince Charming? ramai yang tidak menyedarinya... okey.. ayat di atas tu .. bukan sinopsis novel nie .. ahah .. okey .. jum masuk ke bab sinopsis pula.. Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming-carta misteri yang tiada siapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming. "Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke ? Puteri apa yang sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?" Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya. Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming! Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar? okey..korang nak tau cerita dia..so korang baca la..yang da baca tu diam..haha.. |